Friday, October 5, 2012

Status Bas Jelajah Merdeka Rakyat Dipertikai Wanita UMNO







Pergerakan Wanita Umno Malaysia hari ini memohon penjelasan daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kenyataan beliau yang bercanggah tentang bas 'mewah' yang digunakan oleh PKR dalam siri kempen jelajahnya ke seluruh negara.

Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman meminta Abdul Khalid menjelaskan kenyataannya yang bercanggah mengenai status bas itu sama ada disewa atau disewa beli.

NONEHamidah berkata, kenyataan mengenai status bas itu disewa selama enam bulan dilaporkan pada 30 Ogos.

Manakala kenyataan berhubung sewa beli pula, katanya, dibuat pada 27 September bersama-sama dengan penafian hubung kait bas itu dengan pembelian  50 unit sampah dari China oleh kerajaan negeri.

"Kenyataan ini jelas berbeza dengan kenyataan beliau sebelumnya yang menyatakan bahawa bas tersebut cuma disewa," katanya.

Sehubungan itu, Hamidah yang juga exco kerajaaan negeri Perak mendesak Abdul Khalid memberi penjelasan dalam tempoh seminggu.

Ini kerana, katanya, sehingga kini Khalid tidak tampil menjawab persoalan yang didakwanya "menjadi isu panas dan perhatian umum".

Sumber : malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment